Rajuk... vs Bohong..

Merajuk.. Rajuk.. asal jgn merasuk sudeyy..

Korang x penah merajuk? Ajaib sgt pada aku kalau korang xpenah.. :)

Gini la..

Keras2 aku.. kasar2 aku.. kuat merajuk aku.. outspoken aku.. tapi selalunye cepat sejuk.. aku cepat & mudah maafkan org..

Tapi.. aku bule jadi sgt 'beku' kalau aku find out org berbohong dgn aku..

Pedih.. Ilang jiwa aku..

Aku bule terima kalau org maki aku..
Aku bule terima kalau org pukul aku..

Tapi JANGAN BERBOHONG dgn aku..

Kadar kelebihan yg Dia bagi kat setiap hambaNya lain2..

Dan 'keistimewaan' dan 'kelebihan' yang dianugerahkan pada aku, Alhamdulillah... cukup2 menakjubkan...  Subhanallah..

Biarlah ke ceruk mana nak disembunyikan 'bohong' itu, dgn izinNya, InsyaAllah, aku sentiasa dapat petunjuk dariNya..

Sekian.. coretan dari org merajuk.. Peace

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tersingkap kain 2012 :)

Salam semua :)

Amacam prosa title aku? mendebarkan jantung x? hehe.. buhsan aku tgk org dok guna word 'tabir 2012', aku tukau le dgn 'kain'. Entry kali ni pun kena mengena dgn kain gak..

Tahun baru ni, aku mulakan dgn 'beratur'.. Siyes panjang punye beratur.. Aritu, beratur kat Imigresen dari kul 6.30am smp le ke 9.30pm. Biasanya, org yg berdisplin tinggi dan yang ikut peraturan je yg akan beratur. Itu termasuk aku la kan.. Walaupun di celah2 PATI dari segenap ceruk negara ASEAN! kakakakaka

Smlm lak beratur kat bookstore skola anak aku! Baru aku nampak betapa berkuasanya para ibu berbanding dgn para bapak2.. Nak tau nape? Barisan bapak2 yg ikut beratur, x bergerak2! Yang barisan ibu2, laju je bergerak. Iye la, segan kot bapak2 tu nak ikut nyelit berebut2 sumbatkan kepala kat grill kecik kat bookstore tu..

Malam tu, Fahim dok tny aku.. "mama, cuba tengok abg punye tgn. Dah besar x? Aku mls nk jwp, aku angguk je la kan.. Dengan harapan, xde soklan berkaitan benda2 lain yg ikut besar skali. :) Iye kan mama, abg dah darjah 2. Tgk tangan pun dah mcm remaja kan mama.." Hmm.. iye nau le remaja, tido pun dok terselit celah ketiak aku!

~ Kang aku sambung ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I'm proud of you :)

Phewwww... lama gile x jengok goblok aku nih.. :)

Banyak nau stori de mori nak di share, tapi mmg tak cukup masa nk buat sume tu.. So, aku share citer terbaru je le ye..

Pagi ni, aku bukak FB. Tup2 ada inbox dari nama yang sangat familiar sewaktu2 dulu.. soklan yg ringkas, buat aku terpanggil nak berckp dgn tuan punye soklan tu.. hehehe

Truttt trutttt... 3-4 kali tipun tu berdering. "Hello?" terkedu aku jap dgr "sora" tu. Nada 'friendly' & calm tetap cam dolu2.. "sora" yg penah aku carik sewaktu aku sgt berduka & terluka, dan waktu aku berasa lapang di dada :) dada aku eh, bukan dada org.. korang jgn fikir yg bukan2 tau! hish..

"Hello org jauh.." kata aku.. "hello bukan rakan fb" jwp dia. Borak lebih kurang, aku pun letak phone. Ok, skrg ni baru le aku nak wat flashback time dolu2.. korang baca je tau.. jgn tanya apa2 pong! kakakaka

Tapi sblum tu, aku nak tegaskan kat sini, aku citer ni tak bermaksud utk apa2 tujuan. Samada menyakitkan ati seseorang ataupun untuk membuka aib sendiri atau apa2 pun. Aku cuma nak share citer camne sehingga terkuarnye title: "I'm proud of you" tu..

Waktu aku dok huru hara 6tahun lepas, waktu tu la aku dipertemukan oleh Nya dengan insan2 yang mmg sentiasa ada di keliling aku dan sgt2 menolong aku mengharungi saat2 getir. Yang aku anggap hubungan kitaorg cam 'adik' 'abang'. Sokongan bukan je dari segi moral, dari segi material jugak.. Antaranye, tuan empunye "sora" di atas. Orang yang aku anggap 'abg' terbaik yg penah kenal selain dari arwah Haqeem.

Saat aku mengigil & sayu menunggu giliran dipanggil utk 'lafaz' cerai dari ex-hubby aku di mahkamah syariah, "sora" tu la yg dok call menenangkan aku..

Saat aku bingung memikirkan satu haram persiapan pun tadak utk aem sewaktu raya, ada pertolongan tanpa perlu diberitahu.

Dan "sora" itu tanpa jemu mendengar dan tetap setia memberi sokongan.

Idup aku masa tu cuma ada:

1) Aem
2) Iswara merah
3) Hutang piutang keliling pinggang

1 hari, sudah smp ketentuan Nya yang persahabatan kitaorg perlu dihadkan. Ada hati2 yg perlu 'di jaga' :) Syg seorang 'adik' kepada 'abg' takkan pudar. Cuma perlu dibatasi. Aku xmo hati2 orang yang aku sayangi terluka :) walaupun hakikatnya tiada unsur2 syubhah dalam persahabatan kami.. hahaha.. kompom org Dewan Bahasa menyumpah bahasa aku..

Dah aku accept dia di FB, terus dia online. Chat2 la berdua ketuls. Nothing personal. Cuma aku pesan dgn dia, jgn dok skodeng FB aku lelebih! hahahaha.. "Mana ada. abg cuma tgk gambar keta cik timah je... Dgn moto besaq.. kekeke.. cehhh.. kompom dah digeledah gambau2 dlm tu..

Kata2 'dia' dlm chat yg sgt terkesan dlm hati aku ialah:
"Alhamdulillah"
"I'm proud of you"
"Tgk la mcm mana Allah ubah nasib kita sekelip mata je kan?"

Terima kasih 'abg'. Moga2 kehidupan & kerjaya professional abg akan sentiasa di rahmati. Moga abg beroleh kesenangan dunia dan akhirat. Sempat gak aku bgtau dia yg hidup aku sgt bahagia dgn Ehem2. Moga abg dapat menarik nafas lega melihat adiknya skrg.

Alhamdulillah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS