surat anak kepada mama nya.. :(

4 mlm sudah, seperti biasa aku blk keje kul 2am. Ilang penat bila mata ni nampak 2 ketuls tergolek berpelukan 2 beradik atas katil.. 

Tup2 mata ni tertangkap sekeping kertas atas meja tv. Ada surat tu... Kompom dari Aem.

Pas baca surat tu, aku pandang muka Aem. Rasa bersalah sgt kat dia.. apa besau sgt ke kesalahan dia smp aku rembat dia kaw2 dgn tali pinggang? Aku ni kadang bengong gak.. Time naik hangin, mmg x ingat apa dah.. 

Baru aku realise, selama ni Aem 'simpan' kuat2 dlm memori dia setiap perkataan yang kuar dari mulut aku.. Walau pun sebenarnya aku cuma gertak dia next time dia buat salah lg, aku rembat dia dgn besi buckle tali pinggang.

It's time for me to change. Now..

Istigfar banyak2 Ita...

Ampuni aku ya Tuhan.. 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sori kengkawan..

aku mintak mahap bebanyak.. bukan aku takmo update goblok ni.. tapi skrg ni aku tgh melatih montot ku yg montok supaya pandai menaip.. dapat le mengurangkan beban jari jemari ku dari mengetuk kibod.. huhuhu.. bz nau.. sgt bz..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abg polis yg baik ati.. :)

Citer ni dah lama.. saje je aku nak share dgn kengkawan.. sbb masa aku dok melangak drive keta g opis tadi, nampak roadblock kat Penchala Link. Tu yg tetiba nostalgia menjelma.. kekekke

5tahun lepas.. aku dok berulang alik ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam utk dapatkan hadanah (hak penjagaan) fahim. Hampa je tiap kali datang sana, mamat tu xde. Bukan hampa x dpt jumpe dia, hampa sebab kes kena drag lagi la..Masa tu pulak, poket salu kering. Roadtax keta lak baru renew selepas 6 bulan koboi2 je aku.. :) 1 ari tu, case hearing. Terkocoh2 la aku g sana naik Iswara merah aku yg byk jasa tu. Tapi x amik cuti. Seperti biasa, mamat tu x turn up. Balik la aku g menghala ke opis.

Roadtax yg baru renew tu, aku selit kat flipper atas kepala tu. Smp kat Sg. Buloh, aku buat u-turn kat depan skola Tamil tu.. mmg kat situ xleh u-turn, tapi mmg saje nak cari pasal, kan.. Elok turun selekoh, alamak, abg2 kuda putih suda tahan daaa... Abg polis tinggi lampai, misai melintang yg dok datang kat keta aku.. Garang siot muka dia..

Abg polis: Assalamualaikum.. 

Adik tomel: Waalaikumsalam..


Abg polis: Ko dah buat salah ni. Ko tau apa salah ko?

Adik tomel: A'ah.. Tau Encik. 

Abg polis tu g depan keta aku.. Terbeliak mata dia bila tengok roadtax lama aku. Haaha.. Cepat2 aku ulur roadtax baru..

Abg polis: Dah tau salah, nape buat? salah tau kalau ko tak pamer roadtax. Kena saman ni. Ko dari mana ni? 

Adik tomel: Mintak mahap Encik. Memang salah saya. Nak buat camne Encik. Kalau kena saman, saman je. Memang saya salah.. Saya dr mahkamah Encik..

Abg polis: Mahkamah? Apa kes ko?

Adik tomel: Hadanah

Abg polis: Anak ko bape?

Adik tomel: 3 org.. (entah mana datang lg 2 org ntah.. hehehe)

Abg polis: Kalo aku saman ko ni, RM300 tau..

Adik tomel: Tau Encik.. 

Abg polis: RM300 tu ko bule beli susu anak2 ko tau.. Dah2.. jalan dulu. Lain kali jangan buat lagi. Kang tak pasal je terbang duit ko. Roadtax tu tampal. Dah.. jaga anak2 ko baik2.. Hati2 bawak keta..

Adik tomel: Tima kasih Encik.. Sekarang gak saya tampal roadtax.. Tima kasih ye Encik.

Disebalik muka garang misai melenting tu, terpancar sinar bapak mithali! kekeke... Ni x bodek, siyes aku ckp.. 

Moral of stori: Kalau korang buat salah, ngaku je.. jgn le nak dolak dalik dgn abg2 polis ni. Jgn le nak tunjuk eksen / garang korang.. Dorang pun cam kita2 gak.. ada timbang rasa.. mungkin ada gak kes terpinggir yg mana kaum2 dorang lahir tanpa hati! kakakaka.. Contoh la.. kalau anak2 kita buat salah, tapi dorang ngaku, kan aman sket ati kita kan.. marah tetap kena gak.. 

P/s: Iswara merah tu dah berpindah tangan kat arwah aboi.. Mmg tak banyak ragam betul keta tu.. smp skrg masih ok sangat.. Kalau iswara aku g skola, dah tingkatan 1 dah dia.. kekekke





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS