Phewwww... lama gile x jengok goblok aku nih.. :)
Banyak nau stori de mori nak di share, tapi mmg tak cukup masa nk buat sume tu.. So, aku share citer terbaru je le ye..
Pagi ni, aku bukak FB. Tup2 ada inbox dari nama yang sangat familiar sewaktu2 dulu.. soklan yg ringkas, buat aku terpanggil nak berckp dgn tuan punye soklan tu.. hehehe
Truttt trutttt... 3-4 kali tipun tu berdering. "Hello?" terkedu aku jap dgr "sora" tu. Nada 'friendly' & calm tetap cam dolu2.. "sora" yg penah aku carik sewaktu aku sgt berduka & terluka, dan waktu aku berasa lapang di dada :) dada aku eh, bukan dada org.. korang jgn fikir yg bukan2 tau! hish..
"Hello org jauh.." kata aku.. "hello bukan rakan fb" jwp dia. Borak lebih kurang, aku pun letak phone. Ok, skrg ni baru le aku nak wat flashback time dolu2.. korang baca je tau.. jgn tanya apa2 pong! kakakaka
Tapi sblum tu, aku nak tegaskan kat sini, aku citer ni tak bermaksud utk apa2 tujuan. Samada menyakitkan ati seseorang ataupun untuk membuka aib sendiri atau apa2 pun. Aku cuma nak share citer camne sehingga terkuarnye title: "I'm proud of you" tu..
Waktu aku dok huru hara 6tahun lepas, waktu tu la aku dipertemukan oleh Nya dengan insan2 yang mmg sentiasa ada di keliling aku dan sgt2 menolong aku mengharungi saat2 getir. Yang aku anggap hubungan kitaorg cam 'adik' 'abang'. Sokongan bukan je dari segi moral, dari segi material jugak.. Antaranye, tuan empunye "sora" di atas. Orang yang aku anggap 'abg' terbaik yg penah kenal selain dari arwah Haqeem.
Saat aku mengigil & sayu menunggu giliran dipanggil utk 'lafaz' cerai dari ex-hubby aku di mahkamah syariah, "sora" tu la yg dok call menenangkan aku..
Saat aku bingung memikirkan satu haram persiapan pun tadak utk aem sewaktu raya, ada pertolongan tanpa perlu diberitahu.
Dan "sora" itu tanpa jemu mendengar dan tetap setia memberi sokongan.
Idup aku masa tu cuma ada:
1) Aem
2) Iswara merah
3) Hutang piutang keliling pinggang
1 hari, sudah smp ketentuan Nya yang persahabatan kitaorg perlu dihadkan. Ada hati2 yg perlu 'di jaga' :) Syg seorang 'adik' kepada 'abg' takkan pudar. Cuma perlu dibatasi. Aku xmo hati2 orang yang aku sayangi terluka :) walaupun hakikatnya tiada unsur2 syubhah dalam persahabatan kami.. hahaha.. kompom org Dewan Bahasa menyumpah bahasa aku..
Dah aku accept dia di FB, terus dia online. Chat2 la berdua ketuls. Nothing personal. Cuma aku pesan dgn dia, jgn dok skodeng FB aku lelebih! hahahaha.. "Mana ada. abg cuma tgk gambar keta cik timah je... Dgn moto besaq.. kekeke.. cehhh.. kompom dah digeledah gambau2 dlm tu..
Kata2 'dia' dlm chat yg sgt terkesan dlm hati aku ialah:
"Alhamdulillah"
"I'm proud of you"
"Tgk la mcm mana Allah ubah nasib kita sekelip mata je kan?"
Terima kasih 'abg'. Moga2 kehidupan & kerjaya professional abg akan sentiasa di rahmati. Moga abg beroleh kesenangan dunia dan akhirat. Sempat gak aku bgtau dia yg hidup aku sgt bahagia dgn Ehem2. Moga abg dapat menarik nafas lega melihat adiknya skrg.
Alhamdulillah..
I'm proud of you :)
surat anak kepada mama nya.. :(
sori kengkawan..
aku mintak mahap bebanyak.. bukan aku takmo update goblok ni.. tapi skrg ni aku tgh melatih montot ku yg montok supaya pandai menaip.. dapat le mengurangkan beban jari jemari ku dari mengetuk kibod.. huhuhu.. bz nau.. sgt bz..
Abg polis yg baik ati.. :)
Citer ni dah lama.. saje je aku nak share dgn kengkawan.. sbb masa aku dok melangak drive keta g opis tadi, nampak roadblock kat Penchala Link. Tu yg tetiba nostalgia menjelma.. kekekke
5tahun lepas.. aku dok berulang alik ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam utk dapatkan hadanah (hak penjagaan) fahim. Hampa je tiap kali datang sana, mamat tu xde. Bukan hampa x dpt jumpe dia, hampa sebab kes kena drag lagi la..Masa tu pulak, poket salu kering. Roadtax keta lak baru renew selepas 6 bulan koboi2 je aku.. :) 1 ari tu, case hearing. Terkocoh2 la aku g sana naik Iswara merah aku yg byk jasa tu. Tapi x amik cuti. Seperti biasa, mamat tu x turn up. Balik la aku g menghala ke opis.
Roadtax yg baru renew tu, aku selit kat flipper atas kepala tu. Smp kat Sg. Buloh, aku buat u-turn kat depan skola Tamil tu.. mmg kat situ xleh u-turn, tapi mmg saje nak cari pasal, kan.. Elok turun selekoh, alamak, abg2 kuda putih suda tahan daaa... Abg polis tinggi lampai, misai melintang yg dok datang kat keta aku.. Garang siot muka dia..
Abg polis: Assalamualaikum..
Adik tomel: Waalaikumsalam..
Minggu sakit sekeluarga :(
Yeayy!!
Alhamdulillah.. Diberi tempoh 'pembersihan' diri minggu lepas.. hehehe.. Mintak mahap le pada kengkawan.. aku bersama 2ketuls aku tergolek sakit. Mula2 sketul kecik.. batuk xbenti2.. siap muntah bagai.. yg x besh nye, dia stat muntah kul 3am.. tiap ari.. Pastu abg nye pulak dah panas memijau. hadusss la.. Dah 2 peadtrician aku g, tak jalan gak. Last2 aku track blk peadtrician kat tempat aku branak dulu.. Kabo nye dah pindah kat spital Pantai Ampang. Esok tu pepagi aku hangkut 2ketuls g spital Pantai.
Adik dah lesu.. Abg lak dah tak bole jalan.. Ehem2 lak keje.. Nasib baikk aku baru dapat maid. Smp kat depan pintu spital, guard tu tolong bagi wheelchair utk abg.. aku dok terkitai2 dokong adik. Lepas register bagai, abg sempat bagi 'keje' kat org maintenance spital.. Dia bantai muntah depan registration counter.
Brutal2 aku, sebak gak le tgk anak2 lembik depan mata. Pastu g tingkat 2, klinik Dr. Khairul awww.. hehehe.. Lembut sket Dr ni. siap rebonding rambut dia.. tapi mmg besh la dia ni. "Meh sini adik dulu.. kita amik temperature.. Nah ko.. 39.8C! Terus masuk ubat montot.. "Mama, i strongly advise u, kita masukkan adik kat ward, chest dia ketat.. napas dia pun ketat gak.. Batuk dia 'dalam". Hadusss... copot jantung aku dgr.. Siyes je muka dr tu.. dah x gelak2.. Terus dia panggil abg pulak.. Aku dokong abg naik atas katil. nak terputus urat kentut rasanye! hahaha.. 39.7C pulak. Dr diam kejap. "Mama, abg bule bertahan lg.. kita masukkan adik, now.. abg tak perlu dulu.. terus Dr. buat call, "I ada patient. cash patient. i nak u reserve 1 tempat. Wajib!" Huhuhu.. Terus aku call ehem2. "Anak warded, abg tolong datang sini ye.
Sekejapan, dorang sorong adik g masuk ward. Terus masukkan 'line' kat tgn dia.. Aku hulur je adik kat Dr. Xsanggup nak tgk.. Tak lama tu, ehem2 smp. Lega ati aku tgk. Sekurang2nye, aku tak ngadap mende2 ni sensorang. "Syg balik dulu uruskan fahim, abg tunggu adik kat spital". Pelan2 ehem2 aku ckp. 2 jam kemudian, baru aku balik.. Sian tengok abg fahim. Diam je dia. Kejap2 panas, kejap2 panas.. Jenuh aku balut badan dia dgn towel basah..
Malam, aku g jenguk adik dgn ehem2.. Adik manje nau melekap kat babah dia.. Iye le.. time2 sakit je baru dorang nampak mak bapak dorang. Aku feel bad gak. Camtu le rutin aku selama 3 hari.. Pagi spital, petang spital, malam kat umah. Alhamdulillah.. sembuh 2-2 ketuls.
Soklan dari anak tiri kepada bapak tiri.. :(
Hadusss... koleksi citer2 antu aku, ilanggg... uwaaa
Tangan ni p gatai nak label kan sume citer2 ikut kategori.. tup2 tgh2 select koleksi citer2 antu, computer ter'hang'... pastu sume entry ilang!!! uwaaaaa.... frust betul laa... camne nak recover mende tu ek? tolong ajar aku..
Lagi2 antu.. amik ko!
Bole dikatakan working hours kitaorg berubah 360˚ dah la ni... Stakat balik kul 3-4am tu, dah mcm rutin je.. oleh itu, sayangi la opis dan bos anda! kakaka
Kat opis ni pun, ada gak citer2 misteri.. Stakat kelibat2 putih lalu lalang tu, biasa sgt dah dorang nampak.. Bunyi2 pelik pun ada.. Si Amet yg salu jadi tukun kat opis tu pun, salu gak ada 'kawan' temankan dia keje.. 'Mende' tu berdiri kat sblah dok tengok Amet wat keje. last2 Amet sempat tutup lampu je, terus chow..
2 mlm sudah, kul 2am aku dah tak tahan nak terkucil.. Tgh buat 'business', idung ni dok terbau bau bunga rampai... kuat bau nye tuuu... aiikkk? kalau kat umah org kenduri, mmg common le bau tu.. tapi apa ke jadahnye bau dlm toilet? hohoho.. Tapi tak lak rasa seram ke ape2.. Salunye kalau ada 'mende', sure terasa naik bulu roma.. ni tak.. jgnkan bulu roma, bulu idung pun tak bergerak.. kekeke
Tgk je muka brutal tp ati xle sekental wajah.. :) Cepat2 aku kuar.. G kat ehem2.. "Abg, apa yg 'datang'? ada bau bunga rampai la.." Lambat2 ehem2 jawap..."Entah le.. kena check dulu.." smbl mata dia terus melekat kat skrin computer.. Lohhhh... bz rupanye... Bz ber FB! ampess.. Smp sudah, ehem2 aku tak bagi jawapan..
Esok pagi nye, aku g pantry nak ratah Milo.. Tup2 masih terbau bunga rampai... uikkksss? takkan siang2 pun ada 'eeeeeeeiiieeee'? Melilau mata aku pandang keliling.. Tertangkap lak mata ni kat tong sampah bwh suis lampu toilet.. Laaaaaaa... ada secekak daun pandan rupanye! hahahhaa... Ni mesti keje Abg Z nak kasik fridge opis wangi! Buat saspen je la..! Haissshhh! Nasib baik aku tak paksa ehem2 bukak jurus peringkat ke 9.. Kalau tak, naya daun pandan tu kena jurussss... kakakka...
Puaka 2 beranak (the series)
Alooo...
Kalau korang dok tertunggu sambungan citer puaka tu, sila klik kat blog ehem2 aku.. manusiaseparuhdewa.blogspot yg ada kat link tu ek.. aku tak dan nak abiskan citer.. kekeke
Sewaktu2 dahulu.. kenangan bersama arwah aboi..
Pagi2 lg dah dok melangak atas moto nak g keje.. Dah le xleh nak berborak dgn ehem2.. Dok pandang kiri kanan jalan, ternampak sorang macik dok melangut tunggu nasi lemak dia dibeli org..
Tup2, aku teringat waktu susah2 dulu.. Aku dah tingkatan 1, arwah aboi darjah 3. Ila dgn Titi kecik lagi.. Along keje McDonald. mak dah berpisah dengan abah.. Makanan paling istimewa tiap hari, nasik goreng. Time tu, aku rasa tu la nasi yg paling sedap dalam dunia! kekeke..
Kat sekolah, aku antara penerima biasiswa Persekutuan. Kalau tak salah aku, masa tu RM300 untuk 1 penggal. Kalau nak kuarkan, buleh tapi kena tunjukkan sebab untuk beli buku keperluan sekolah.. Ala, itu kacang je! Aku p gatai nk kuarkan RM150. Alhamdulillah, approved!
Timbul 1 idea dlm kepala hotak aku ni.. Aku mesti tolong mak aku tambah pendapatan. Aku ckp dgn mak, buat nasik lemak bungkus. Wiken aku nk jual kat Templer Park. Kat situ ramai org. Mak aku pandang muka aku.. Ko tak kisah ke nak pegi jual kat sana? aku ckp, aku ok je. Tapi aku nak pegi dgn aboi sbb bole bwk banyak nasik..
Sebelum subuh2 mak aku dah bangun. Tanak nasik, buat sambal ikan bilis. Mak aku mmg tukang masak. Masa masih dgn abah aku, dorang run restoran 24jam. Pekerja ada 16 org. Mak aku masak lauk untuk nasi campur. Yg goreng2, tukang masak lain. Mmg top la restoran abah aku. Lebih lagi ms tu penuh student2 UTM menyewa flat 17 tingkat kat Pasar Minggu.
Dalam kul 6am, dah siap pack2, aku pun bwk 1 bakul penuh, aboi pun camtu. Mak aku bekalkan air teh o satu botol besau. Pas salam mak, aku pun naik bas gi Chow Kit. Sampai sana, baru le naik 1 lagi bas ke Templer Park. Perjalanan dari Kg. Baru ke Chow Kit terus ke Templer Park amik masa 1jam gak la.. Sampai kat sana, pengunjung dah start datang. Aku cari port kat tempat yg ada kolam besau tu. Ada wakaf kat situ. Kat tepi tu, ada gerai jual makanan. Tokeh gerai tu dok usha kami dua beradik.. Aku buat derk je la.. Lepas ilangkan penat, kitaorg dok menyapa pengunjung yg lalu lalang.. "Nasik lemak, bang? Nasik lemak, kak? Smp dekat kul 9am, masih belum 1 bungkus pun yg terjual.
Tak lama tu, tokeh gerai tu turun g kat aku. "Korang tak boleh meniaga kat sini! Kang nanti sapa nak beli kat gerai aku? Sapa nak bayar sewa gerai tu?" Bentak akak tokeh tu.. Aku mintak maaf kat dia pastu aku terus tarik tangan aboi. Jom Boi.. kita g naik atas lg.. Mana tau ada orang nak beli kat atas.. Jom..
Jam berlalu.. masih tak luak pun nasik lemak tu.. Aku tgk Aboi dah mcm susah hati.. Aku takmo dia patah semangat.. Aku ckp kat dia, pelan2 aboi.. kita baru stat arini.. kita tgk dulu camne sambutannya dulu, ye.
Tengah2 cantik cuaca, tiba2 mendung pulak.. Ms tu agak2 dlm kul 2pm.. Aku cepat2 ajak aboi g turun kat bus stop. Sampai je kat bus stop, mencurah2 hujan.. Nak tunggu bas pun taktau smp kul bape.. Duduk la melangut 2 beradik kat situ.. Bas stop yg tak besar mana tu, yg mula2 cuma kitaorg berdua, mula padat sikit2.. ramai org dok turun dari tempat mandi-manda.. Tup2, sorang mamat datang kat aku mintak nasik lemak 2 bungkus.. Ya Allah.. punye la aku hepi teramat sgt.. Jualan pertama utk hari tu! Pastu, lepas sorang, sorang beli nasik lemak.. Smp habis! Ada yg mkn berdiri, ada yg mkn duduk, berimpit2 kat bas stop tu..
Subhanallah... Rupa2nye rezeki kami di tempat yg sempit ini. Bukan ditempat yg kitaorg fikirkan awal2.. Diberikan segala rezeki dgn caraNya tersendiri.. Qoodirun.. Muriidun.. Aalimun..
Alhamdulillah.. Syukur pada Mu..
... Alfatihah pada adik kesayangan aku, Aboi..
Udah2 la tu.. Tutup citer lama.. kita bukak buku baru, k?
Entry ni khas untuk sorang lelaki tu.
Bukan aku tak penah kenang budi.. Aku amat berterima kasih atas apa2 yg penah ko curahkan untuk aku. Tapi tolong la.. Aku ni dah jadi isteri orang. Aku sangat syg suami aku, anak2 aku. Udah2 la tu.. Aku dah penat nak layan mende2 remeh temeh ni. Aku penah buat silap skali dlm hidup berkeluarga, dan aku takmau dah buat silap kali kedua. Walau kami tak kaya raya, cukup la dengan apa yg Dia kurniakan kepada kami..
Fullstop..
Puaka 2 beranak
Huhuhu... Rasa nak terbugil aku.. tapi tu la.. dlm bz pong, jari2 gatai nak menaip kat blog.. :D
Last 2 weeks, ehem2 dapat sms S.O.S dari sparing partner dia.. Tokmoh aka Zul. "Tok, tolong tagteam dgn aku.. ada kes berat kat Taman Medan.. Anak pompan & mak.. Aku dah pegi aritu. haru biru aku sorang bila 2-2 kerasukan.." X banyak ckp, ehem2 kata OK
Smp kat taman Medan, ngam2 Maghrib.. Ehem2 solat dulu kat mesjid tepi jalan tu.. pastu kitaorg siap mkn & tunggu Zul. Xlama tu, mamat tu smp terus kitaorg g umah tu..
Smp kat umah tu, nampak le kat satu sudut tu, 3 kanak2 dgn sorang lelaki & sorang pompan muda .. dok terkebil2 pandang kitaorg 3 ketul ni.. pastu setentang dgn dorang, sorang macik dlm pertengahan 40an, dok atas kusi.. muka dia berpaling kat arah dapur.. mulut dia membebel2 & aku xdapat tangkap apa biji butir yg dia ckp.. Aku salam yg lain, tapi ati aku cukup berat nak salam dgn macik ni.. last2 aku dok kat sofa..
Ehem2 pegi depan macik ni... "Assalamualaikum.." lembut sora ehem2 bagi salam.. "HUH! Apasal ko datang? Aku benci ko! Aku tak suka budak ni!.. tetiba macik tu menjerit.. Terkejut sume org.. Pastu, macik tu bangun terus lari ikut pintu dapur.. Haduii.. Main polis sentri la pulakk.. Pastu, macik tu masuk ikut pintu depan, terus lari dalam bilik tido kat depan.. gelap bilik tu.. "nanti la korang, tunggu la anak aku balik nnt.. tau la korang.." pastu, ehem2 & zul pegi kat depan bilik tu.. Zul suh anak lelaki maciknye panggil nama maknye, berbintikan nenek.. Serentak tu, dgr macik tu menjerit2 kuat.. tiba2 macik tu meluru kuar dari bilik, perambat & pukul ehem2 & zul.. Haaaa ko! first time aku tgk adegan camni.. zul dok jurus 'lock' macik ni, x jalan gak.. pastu debak debik aku dgr macik tumbuk dada ehem2.. Smp ke tengah rumah macik tu ligan 2 ketul tu.. Pastu, aku tgk ehem2 berjaya 'menlock' pergerakan macik ni.. Terbaring dah dia tapi masih dok menjerit2 sgt kuat..
"Korang tak bule halau aku.. aku dah lama dok kat umah ni.. sejak sblum umah ni di bina.. Dulu aku dok kat surau Nur Hidayah kat sini. Ustaz halau aku. Merata2 aku dok kat Kg. Medan ni. Semua kg ni, aku pegang! "Ko ni memang pandai.. ko tau aku dok kat mana.. sebelum ni, pompan ni jumpa 1 ustaz. Ustaz pun tak dapat carik aku.. aku tipu dorang.. " psiko si puaka tu... Ehem2 buat xtau je.. teruskan bacaan ayat2 suci AlQuran. Ehem2 baca ayat Qursi, puaka tu pun ikut baca.. bukan setengah2, puaka tu baca dari mula sampai abis! Then aku sedar, puaka ni jenis jin Islam. Bila dia ikut baca, sora dia kuat, jelas. Pastu dia psiko ehem2.. "Ala.. ko pun baca tak betul.. dah la.. balik la.." Aku pandang muka ehem2.. Dia terus kusyuk baca.. cam xdgr ape2.. Xlama tu, ehem2 mintak AlQuran dari anak tuan umah.. "Kat umah ni semua ada.. AlQuran ke, Yassin ke, semuaaaaaaa ada.. ko mintak je dengan dorang ni", sahut si puaka.. hohoho.. Provoke tu beb! Kelam kabut budak pompan tu carik.. Dh dapat, ehem2 stat baca Yassin dulu.. & guess what? Puaka tu pun ikut baca Yassin! hamekk.. Dia ikut sampai lebih setengah bacaan Yassin.. hmm.. interesting, bukan?
Ehem2 terus je baca.. Masuk kali ke 2 baca Yassin, macik ni mula merepek2.. Dlm pada dia terbaring, berpusing2 badan dia.. mcm putaran arah lawan jam. Terbeliak2 mata dia.. Merah padam muka dia.. "Aduiiiii, sakit la.. dah la 1 kepak aku dah patah.. korang putuskan pulak kepala aku... aduiiii... bagi la aku lepas.. aku nak balik umah tuan aku.. aku nak tengok dia.. pastu, aku dah tak kacau lg pompan ni".. kata puaka tu.. Zul lak ckp dgn puaka tu, "ko ni jin kepala 7, kan.. 2 kepala ko dah putus.. ada lagi 5.. kepak ko dah patah.. tu yg ko tak boleh terbang".. Aku tengok macik tu dok menghulur kedua tangan dia ke atas.. mcm superman nak terbang tu..
Ehem2 masih terus baca Yassin.. Masuk kali ke 3.. "Ok2.. aku nak kuar... tapi sebelum tu, aku nak telur... tolo.. tolo... aku nak tolo! pastu dia stat bergurindam, citer pasal nabi2.. pastu, dia bantai buat lirik pasal dia nak makan telur.. Pada aku, intention dia supaya ehem2 terganggu & smp stop baca yassin..
~~ aku nak kena stop.. ehem2 ajak balik. Kang aku sambung dari umah ye.. ~~
ok.. sambung..
"Aku nak kambing.. kambinggggggggg... seko.. kalau xdapat seko pun, korang beli la seketul daging kambing untuk aku kat kedai.. aku nak kambinggg... ala, seketul je.. bukan mahal pun.. " ewah2.. demand lak tu.. Pastu puaka tu dok menceceh pasal famili tu.. "Ikutkan, si pompan ni dah lama mampus.. tapi dia ni sabar.. tu yg tak mati2 lagi!.. Korang lepaskan aku, aku nak balikk... tuan aku dah tunggu aku tu.. pastu aku xkan datang kacau pompan ni.." yeah.. ur rite.! Ckp2 jin ni, xbule di pakai langsung.. auta je salu nye..
Habis yassin ke 3, ehem2 bangun.. g amik wuduk.. solat Isyak & solat sunat.. Yg macik tadi, terus senyap.. terbaring kaku.. Sume mata dok tertumpu kat si kurus yg xde rambut tu tengah semayang... Pastu, ehem2 gi kat macik tu balik.. ampu belakang tengkuk macik tu dgn tangan, naikkan badan macik tu ke posisi duduk.. waktu tu umah dah penuh dgn jiran2... Pelan2 ehem2 bisik kat telinga macik tu.. aku xtau dia ckp ape.. pastu, macik tu sedar.. Bile dah sedar, lemah lembut je gaya ckpnye... cantik rupe nye macik tu. Masa tengah kerasukkan tadi, lain nau rupe dia..
Ehem2 panggil anak menantu lelaki macik ni.. suh cari batu kecik2 40 biji, bacakan "Yazal Jalali Wal Ikram" seribu kali setiap batu.. smp abis.. Xde bunyi, terus mamat tu buat ape yg ehem2 suh..
Tak macam salu kalau jin nak kuar dari badan, kita bule nampak pesakit terseksa.. Ni takde.. Aku suspek, puaka tu nyorok.. mungkin lum kuar lg.. aku pun xtau.. pandai2 je kan.. Ehem2 raup muka macik ni dgn air & bagi macik tu minum segelas air..
~ jap.. nak kuar carik jajan.. lapau.. ~
Stim malam jumaat
Hehe.. Headline x hengat! Mmg stim sgt mlm tadi.. Hah! korang ingat stim ape?
Sbnarnye, aku masak malam tadi.. hahaha.. aku + masak = x sesuwei..Bukan xpandai masak.. Aku MALAS nak kejekan mende2 remeh.. kupas bwg la.. apa la.. itu la.. ini laa... Setelah berhari2 blk kul 3-4 pagi, maka smlm kitaorg dapat balik awal.. Kul 8 mlm dah ada kat umah oiii! Terus aku bukak petiais, tgk ada ikan ubi aka ketutu aka haruan bodo.. aritu beli kat pasar mlm paya jaras. Ni le first time aku nak try msk ikan yg x encem tu.. hohoho..
Ligat pala aku mikior nak masak ape.. last2 muncul idea nak menyetim.. pastu ada lak lidah lembu dgn babat (perut) kitab yg berlapis selai2 tu.. tgk ada petai mata bulat sepapan, lobak asin.. haaa.. tau le aku nak derhaka kan resepi! hahaha..
Dok ralit aku myiapkan mende2 nak di masak, aem datang nak nolong.. biasa le tugas khas dia, tumbuk bawang! haaa.. aku ni pat masak konservatif lagi.. aku suka pakai lesung batu lagi.. sib baek batu giling dah xde, kalau tak mau menggiling lagi aku ni.. Pastu aku dgr aem dok menceceh sorang2.. nape le mama ni sumbat lemon dlm perut ikan ni, sian perut ikan tu boncet! kekeke.. geli ati dgr! terasa pun iye gak dgn perkataan boncet tu! hahaha
Dlm setengah jam bergelut kat dapur, tarrraaaaaa.. siap dah dinner aku.
1) Ikan ubi stim kicap lemon halia
2) Lidah lembu tumis lobak asin + petai
3) Telor dadar + sosej (haaa.. yg ni wajib ada utk aem)
Tapi yg aku ralat sgt, x dan nak snap gambo.. tapi xpe, ada lg seko ikan ubi tu.. dgn belen lidah lembu.. kang aku repeat lg masak tu, aku snap ye.. Suka aku tgk ehem2 dgn aem mkn bertambah2.. Sebab tu la aku jarang masak, sbb sekali aku masak, sedap sgt.. ehek ehek.. Logik arr.. arwah abah aku tokeh restoran.. mak aku pun tokeh restoran.. Genetik terel memasak tu kompom ada dlm salur darah aku! hahaha... riak tul!
Korang nak rasa masakan aku? Bule.. tunggu 7/4/2012.. Kang aku jamu korang ye.. xlama.. setahun je lagi! kekekeke
Rezeki ghimau suda mari loo...
Alhamdulillah.. Akhirnya job yg big boss aku dok harap dapat, mmg dah dlm genggaman. Bukan calang2 Agency yg dok pitch tender tu.. Dah tu, syarikat Gergasi minyak kat Mesia.. Bukan 4-5 juta.. Puluh2 jota weh..
Otomatiknye: Makin kurang le aku berblog.. Tgk job scope aritu pun, mau muntah ijau aku.. Kembali ke era x balik seminggu.. Tinggal la anak bini.. Tinggal le tunang.. tinggal le mistress.. Tapi x leh tinggal bini ke 2! kakakaka.. Bengong!
Asyuk mmg asyuk la.. Mmg pakat xsentuh gaji le sume kengkawan aku kat opis. Dah tu, OT kompom 2-3 kali banyak dari gaji. Tapi tu la.. No life.
Itu la harga yg perlu di bayar.. dah kata kuli kan.... tapi takpe, aku tgh berkobar2 nak take d challenge! Gud luck & all the best untuk kengkawan opis.. Bwk2 le bantal bucuk korang kat opis ye.. :)
p/s: utk soklan dari kengkawan yg belum aku jawap & publish, harap korang bersabar la ye..
soklan2 dari kengkawan.. x abis2 pasal 2nd wife :)
Yuhuu... i'm back..! :)
Hmm.. ghupe2nye ramai gak org yg post soklan kat gmail aku.. Aku cuba la jawap ye..
Antaranya:
1) Nape ko post kat goblok ko pasal status ko? Ko bangga ke ape?
Hoho! Bangga? Dapat patblas jota ke kalau aku berbangga dgn status aku. :) Aku cuma nak berterus terang kat kwn2. Ada yg malu2 nak bertanya terus kat aku.. So, dorang bule tau terus kat blog aku..
Ape definisi 'baik' korang? Masuk korang, aku dgn ahkak aku x bertarik2 rambut ke or tdo bersama2? kekekeke.. sori.. lawak mengong kuar dah.. Gini la.. jarang ada isteri yg bole terima isteri yg lain.. Tapi Alhamdulillah, aku rasa dengan kesabaran ehem2 yg x kenal 'jerih' utk mendidik kitaorg, pelan2 nampak hasilnya.. walaupun baru secoet! Mudah2an di permudahkan. Tipu la kalau aku kata x de perasaan cemburu.. mesti ada punye.. so far, kalau ada menda2 occassion yg penting2, aku dgn ahkak aku berjumpe gak.. Kami bercakap macam kwn2 gak. Cuma masing2 ada barrier la.. Ni aku bg contoh la.. xde niat lain, ok.. Masa ehem2 masuk spital 6 hari aritu, aku jemput ahkak & anak2, sama2 jaga dia kat spital. Mlm, dorang tdo umah aku. Nape aku buat gitu? aku rasa dah jd tanggungjawab aku utk buat camtu.. Tu pun suami dia & bapak pada anak2 dorang.. kekkeke
ISTERI KEDUA VS LAKI.. kita tinggal dulu cite antu.. kekeke
Nape aku tetiba rajin merapu kat goblok 2-3 ari ni? Haaaa.. soklan bagus! Sbb bos putih aku g umrah! tinggal bos itam je. Bermaharajalela la aku... yeaaaayy!
Ok.. Berbalik pada tajuk. Antara isu2 yg byk kali aku dgr keluhan isteri kedua yg dorang 1) xleh call laki ms kat umah satu lagi la, 2) cuma dapat spend time dgn laki siang ari je la, 3) isteri pertama serang la, 4) laki tak bagi nafkah la & mcm2 lagi.. Aduss.. naya betul..
1) Aku pun penah ada experince part xleh call laki waktu kat umah satu lg. tapi BUKAN dtg dari mulut laki aku. "Ko kalau Poji ada kat umah kak M, ko jangaaaan talipon2 dia tau.. M _ _ tak suka!" ehhh... pehal pulak aku nak ikut ckp ko? laki aku kata bule je sbb aku pun isteri dia.. Takde hal punye.. Org lain pulak yg dok campur idup aku. Sori ek.. ko silap orang nak buat gitu..
2) Yang ni mmg aku xpaham.. Dah namanya isteri2.. Laki nye ada sorang.. Mesti ada giliran. Takkan nak klon kan kot? Laki korang pun kena la tegas. Bukan isteri2 yg take charge mende2 ni. Sesetengah kes, bila laki dah siap2 nak ke umah satu lg, KOMPOM isteri buat perangai. Ngamuk la, tiba2 pensan la, baling lesung la.. hehehe.. So, xkan laki tu nak kensel tiap kali datang giliran? Setelkan dulu. Laki tu sendiri yg kena ati kering. Kalau tak, smp berkedut la korang jadi isteri siang je..
3) Isteri pertama serang? Ish2.. ni sume ada darah pahlawan.. Hang cangkul kot.. Pehal lak nak serang isteri kedua? Nape ko tak ganyang je laki ko kalau ada yg tak puas ati? Unless, isteri kedua pun sama naik la.. dok provoke2.. Laki takkan nak jadi pak pandir je? Itu la penting nye ada ilmu dunia dan ilmu akhirat. Bule didik isteri2 walaupun makan masa bertahun2.. Pada aku, isteri kedua, jangan masuk campur urusan keluarga sana.. Kita ada keluarga disini. Banyak lagi keja yg korang bule buat dari nyibuk kat sana.
4) Laki tak bagi nafkah.. Hmm.. ni mmg contoh klasik. Takat bg nafkah batin, mmg ramai mampu buat. Tapi laki yg berpoligami, bila masuk nafkah zahir, tak sume yg cantik track record nye.. Bule di bilang dgn jari, laki yg tiap kali dapat gaji, dok sibuk bahagi2 kan bahagian utk kedua2 famili dia.. Dah setel sume, belen tu, baru bahagian dia. Amacam? seronok tak tanggungjawab berpoligami ni? hehe..
Ada skali tu, kawan pompan sama skola laki aku chat kat FB. Pung pang pung pang dia 'skola' kn laki aku. "Ko kena lebihkan isteri pertama ko.. sbb dia susah payah dgn ko.. tup2 senang2 je ko kawen baru.." ewah2...! macam pompan tu dok dalam kain laki aku ye.. Dia lagi kenal luar dalam laki aku ye.. Camni la.. meh datang nyembang dgn aku, baru ko bule leh wat judgement.. bukan assumption.
Part2 semua diatas tu, xmungkin terjadi kalau laki korang sendiri BERANI nak mempertahankan hak korang dan tanggungjawab dia keatas keluarga yg belah sini. Kalau laki sendiri pun penakut, korang lupekan je le janji2 indah sblum nikah. Xde sikit pun terkurang hak isteri kedua, walaupun 'hadir' 20tahun lewat dari yg pertama. Islam tu adil. Apa je hak isteri pertama, itu juga hak isteri kedua.. sama. Tak kira la samada korang nikah dengan persetujuan isteri pertama, ataupun nikah kat luar negara. Nikah tetap sah.. Tapi korang WAJIB register balik kat Mahkamah Syariah Mesia. Kang hilang hak2 korang & anak2 korang. Susah blakang hari..
Lapau la pulak.. Kang aku ada idea lg, aku sambung ek.. Tata
Isteri kedua?
"Ta, aku tak tahan dah nak tny ko ni.. Dah berbulan2 aku dok pendam dalam hati aku.."
Haa.. tny la!
"Errr... betul ke ape yg aku dgr?"
Apa yg ko dgr? Meh le dengarkan kat telinga aku meh..
"Hmmm... betul ke ko isteri ke 2, Ta?"
Aah.. Betul la tu..
Dah aku jangka soklan cepumas tu terkuar jugak akhirnya! hahaha
Pasni bersiap siaga la Ita ooiii.. kompom berkajang2 soklan yg member aku ni nak tny..
Kakakaka... Ada kalanya, soseh2 org lagi mengkonpiuskan.. Kalau org tny aku direct, mmg aku jwp betul2.. Menda betul maaa... watpe nak sembunyik?
Cuma aku nak tny dia.. Salah ke jadi isteri ke 2?
Aku tau masih wujud persepsi skeptikal di kalangan wanita.. Kalau korang tny aku, suka tak kalau aku dimadu? Kalau dulu kompom aku bersilat! hahahaha.. Tapi dalam situasi skrg, aku rasa aku lebih 'terbuka' utk membincangkan isu sensetip tu.. Aku penah jadi isteri tak bernombor dan aku sedang memegang title isteri yg datang dgn 'angka'. So, aku bule menilai pro & kons nye..
Ramai tapi tidak semua yg beranggapan isteri kedua ni, merampas hak orang.. Ala, bukan aku tak pernah di caci camtu, banyak kali dah.. aku je yg ati kering buat2 xde telinga.. Yang bestnye, dorang xmo tau dan xde hati nak tau, kenapa dan bagaimana benda ni terjadi.. Adakah aku yg tergedik2 nak lupuskan status 'ibu tunggal' cepat2 ataupun aku 'perang' habis2an dgn diri aku sendiri supaya tak jadi isteri kedua? Jeng jeng jeng... tapi kalau dorang tau, bape kerat pulak yg pecaya? so, pada aku hadap je la..
Sblum aku citerkan pengalaman2 hidup ni, aku rasa sesapa je yg nak berkongsi masalah yg sama, silakan email aku. asnita.fahim@gmail.com
Tapi korang jgn terkejut dgn penggunaan ayat. Aku tak berapa pandai nak cakap cam perempuan teraniaya ye.. Aku ni brutal sket! kakakakka
BIBIK VS MEM
Ni la padahnye kalau bos xde.. dah terpaksa aku memenuhi time2 aku dgn membuat keje2 berpekdah.. terpaksa la aku memenuhkan goblok aku dgn citer2 rekaan.. kekekeke
Madu dan racun mama.. Err.. mamanya 'madu'.. kakakka
Luahan ati budak 7 tahun.. :( part 2
Ptg kul 6sharp aku ca alip bot.. amik cik Timah aku kat bengkel, aku terus shoot balik ghumah..
Citer antu... lagi.. eeeeeiiii eeeee
Yosss...
Luahan ati budak 7 tahun.. :( part 1
"ma.. ni abg nak ckp ni.."